Tuesday, February 24, 2009

Bubur Asyura Masterskill



Masterskill, 12th Februari 2009 - Mahasiswa Islam Masterskill (MIM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) telah menganjurkan program membuat Bubur Asyura.

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa program tersebut sepatutnya berlangsung pada 10Muharam ataupun pada bulan Muharam sahaja, tetapi Pihak Masterskill berpendapat tidaklah salah sekiranya kita membuat program ini dengan tujuan untuk menyatupadukan umat islam di Masterskill.

Ada kemungkinan juga yang mengatakan ianya perbuatan bidah kerana tidak dibuat pada zaman nabi. Tapi pada hakikatnya program ini bukanlah bidah kerana ianya bukan dilakukan dengan alasan ianya dibuat pada zaman nabi tetapi ianya dibuat adalah dengan tujuan untuk memberikan masa Warga Masterskill yang beragama Islam untuk berkumpul dan seterusnya bekerjasama bagi menguatkan ukhuwah dan kesepakatan sesama Islam.

Pihak Penganjur berharap program ini menjadi titik permulaan bagi pertapakan yang kukuh Islam di Masterskill.

No comments: