Monday, July 7, 2008

PROTES



Dilulus terbit pada Monday, July 07 @ 16:19:18 MYT oleh greenboc

Artikel Oleh edyesdotcom

(saya berasa amat kecewa kerana telah menghabiskan masa yang begitu lama di cyber cafe ini kerana gagal mengupload gambar untuk perhimpunan malam tadi. Hanya beberapa keping gambar sahaja yang sempat. Saya akan cuba upload balik di office saya pagi besok. harap maklum)

Selamatkan Negara Kita !
Selamatkan Malaysia.

Itulah antara kata-kata keramat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada malam kemuncak Himpunan PROTES Sejuta Rakyat.

Saya mendapat berita bahawa Ahli-ahli parlimen pakatan rakyat telah diejek kerana himpunan ini tidak mencapat angka sejuta. Namun begitu harus diingat, matlamat tetap tercapai.



Matlamat kita berhimpun bukan semata-mata ingin membuat kacau bilau di segenap jalan, tetapi berhimpun menyatakan rasa bantahan, meluahkan ketidak-puas-hatian.
Biarlah hari ini para ahli parlimen pengecut Barisan Nasional, yang sanggup untuk mengundi lulus bagi pengstrukturan subsidi yang bakal menyebabkan minyak naik lagi. Biarlah mereka tertawa hari ini kerana hari untuk rakyat kian menjelang tiba.

Pada minggu ini juga, dijangkakan bahawa akan berlaku lagi satu kegemparan di arena politik tanahair. Seperti yang disebut oleh Dato' Seri, Akan ada satu lagi dedahan. Ianya bersangkutan dengan penyalahgunaan mahkamah dan sistem perhakiman negara. Seorang pegawai tinggi dijangka akan mendedahkan rekayasa yang berlaku, bukti yang diada-adakan dan plot-plot bagi melancarkan konspirasi terhadap pemecatan DSAI.

Masih saya katakan, ini bukan kerana Anwar sila klik sini untuk entri berkaitan. Ini adalah demi kedaulatan undang-undang negara. Demi Malaysia, selamatkan Malaysia dari kedurjanaan.

Ingin sekali lagi saya menyebut di sini, sindrom yang melanda Bala sindram. Kehilangan beliau menjadi tanda tanya. Apakah saudara semua tidak boleh mencongak bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Congaklah, fikirlah, perhalusilah permasalahan ini kerana ianya melibatkan masa depan negara, dan masa depan saudara.

Adakah pemimpin-pemimpin negara ini 'kebal' dari undang-undang Malaysia? Mengapa ada unsur-unsur imunity sehinggakan tidak boleh dilibatkan dalam mana-mana kes termasuklah kes bunuh C4?

Hari ini hari Isnin, sama-sama kita nantikan Tsunami berikutnya. Percaya atau tidak, kita berada dalam krisis politik yang terhebat dalam sejarah negara.

Himpunan Anak-anak PAS Puchong

Sabtu 28/06/08 merupakan tarikh yang memberikan sinar perjuangan baru kepada ana, setelah berbulan-bulan ana tidak terlibat dalam program-program motivasi, ini lah kali pertama sejak keluar dari kampus. Satu kegembiraan kerana dapat bersama-sama memeriahkan suasana perjuangan PAS puchong.

Ana begitu terharu kerana terkenangkan kembali saat-saat mengenali JEMAAH, mereka cukup beruntung kerana mendapat pendedahan awal. Syukur pada ALLAH kerana meneganalkan ana pada JEMAAH, terima kasih yang tidak terhingga kepada naqib ana dan semua sahabat yang sanggup menerima ana dan mentarbiah ana.

Alangkah beruntungnya kalian yang mendapat pendedahan awal. Ana doakan antum semua istiqomah dalam perjuangan ISLAM. Pelihara maruah dan agamamu.

TERUSKAN PERJUANGAN SELAMAT BERJUANG

Wednesday, June 25, 2008

Peristiwa Penting


Tarikh 28/06/2008 semakin hampir, aku terasa bahang kehangatan peristiwa yang bakal berlaku pada tarikh tersebut. Ianya adalah satu peristiwa dimana satu perhimpuan anak-anak pas puchong bakal dilangsungkan. Perhimpunan ini adalah bertujuan untuk memberikan satu pededahan awal kepada kanak-kanak ini, untuk bergiat dalam arena dakwah. Secara tidak langsung ianya akan menjadi satu platform kepada kanak-kanak ini untuk mengasah bakat kepemimpinan mereka, belajar cara berorganisasi, dan belajar corak hidup berjemaah.

Seorang pakar motivasi telah dijemput, beliau dikenali sebagai Mawi 2. Ustaz Akhwan Affandi adalah antara pakar motivasi interktif yang hebat dan mempunyai kebolehan duel fungsi yang sukar dilihat pada sebahagian motivator remaja Islam. Beliau telah memberikan banyak sumbangan untuk menjayakan program pengisian anjuran Yayasan Amal Malaysia, masjid-masjid, Pusat-pusat latihan dan telah terbukti penampilan beliau menyumbang kepada keberkesanan sistem penyampaian beliau.

Tidak sabar rasanya untuk menunggu kebelangsungan hari tersebut. Sama-sama kita tunggu ya.

Terkenang Masa Dahulu


bagi yang lahir 1973 - 1984
perghhh!.. teringat masa skolah dolu2..
nostalgia tak dapat di lupakaaannn. ...!

Mengingati kisah sekolah

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1984.. MESTI KORANG INGAT NI

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver
Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja
Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang
cawan
warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi
yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
yang suka stoking tebal laaa....

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras
warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti
Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa
dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2
duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2
color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,
yg
Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak
reti
nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari


6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh

tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn
mendalam..
mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata..
yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan
lalui zaman yg sebegitu lagi..
sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???

Wednesday, June 18, 2008

Minyak oh Minyak


Minyak oh Minyak

Harga minyak naik lagi
Kali ini paling tinggi
Semua letak tangan di dahi
Kecuali kaum keluarga Badawi
Dah tau naik minyak awal-awal lagi
Beli berjuta-juta saham TNB
Saham TNB naik seringgit pun jadi
Buat duit dalam tempoh tiga hari

Minyak naik tak terasa pada menteri
Mereka naik kereta kerajaan beri
Lalu lebuhraya bertol setiap hari
Sama juga dengan isteri menteri
Pemandu datang ambik tiap hari
Siap dengan bodyguard ke mana pergi
Tak pernah rasa cengkaman inflasi
Shopping pulak di luar negeri
Takkan shopping di Kamdar atau Pasar Seni
Bawa beg besar-besar jenama LV atau Gucci
Naik flight first class bukan ekonomi

Menteri kata tak boleh elak lagi
Jika tidak kerajaan terpaksa tanggung rugi
Mana boleh tahan asyik bagi subsidi
Suruh rakyat jimat bawa kereta 600cc

Jual balik kalau ada kereta MPV

Menteri main golf, suruha rakyat main hoki

Mereka terhibur, kita patah kaki


Tak masuk akal cadangan menteri
Merekalah patut berjimat dari awal lagi
Cubalah pandu kereta mereka sendiri
Ikut Umar Abd Aziz atau cara nabi
Kurangkan program majlis-majlis rasmi
Majlis makan malam makan roti cecah kari
Sedap jugak hingga menjilat jari
Tak payah udang besar atau mutton beriyani
Tak perlu import artis luar negeri
Tak perlu Al Jarraeu atau Mariah Carey
Tak perlu melancong ke luar negeri
Ikut Guan Eng naik flight kelas ekonomi
Kediaman rasmi guna perabut buatan sendiri
Tak payah import tiles dan perabut dari Itali

YB buat dulu baru nasihat rakyat
Jangan kerah supaya rakyat jimat cermat
Tapi perangai YB macam tokua sumbat
Pandai cakap, sendiri tak mahu buat
Perut orang di kampung dah lama diikat
Makan ala-kadar paling mewah air sarbat
Janganlah buat perangai munafiq dan jahat
Allah sentiasa monitor dan melihat




para_jump101

Monday, June 16, 2008

Iktiraf

Wahai Tuhan ku tak layak
ke syurga Mu
namun tak pula Aku sanggup
ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah
taubatku
sesungguhnya Engakulah pengampun
Dosa-dosa besar

Keredhaan-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku
HambaMu Merindukan rahmat kasih sayangMu
dan jua keredahaanMu dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari keampunanMU tidak bertepi

Ku akui diri ini hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati padaMu Illahi

Ya ALLAH ampunkanlah dosa-dosaku
Ya ALLAH redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab qalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni
dan Rahmati alangkah ruginya diri
Tuhan jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Saturday, June 14, 2008

Masihkah kau Ingat???


Sebagai individu muslim, kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.
Tapi apakah kita memahami makna bacaan dalam solat kita???

Cuba perhatikan betapa cantiknya rahsia-rahsia di sebalik bacaan kita di dalam sembahyang lima waktu.

Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yangmencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solatyang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atashamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruhAllah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atasNabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagiMaha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yangmemperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau
tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Allahuakbar, betapa indahnya setiap bacaan kita di dalam solat

Orang Melayu Susah Nak Dapatkan Sijil Halal????

Sebut pasal halal nie kan... ramai usahawan2
melayu yang mengadu susah nak dapatkan cop halal kat produk makanan /
barangan mereka. baru baru nie kita ada interbiu sorang usahawan nie.
dia memang berhadapan dengan masalah sijil halal jakim untuk produk
dia. jakim suruh buat itu ini, sume dia dah buat. tapi tak dapat
jugak. dia pun dah nak give up lalu berjumpelah dia dengan sorang
kawan dia...maka berceritalah makcik berdua tuh.

"aku geram betullah. payah sangat nak dapat sijil halal. yang
peliknya, orang yang tak patut dapat buleh dapat. tuh, apek buat
bebola ikan tuh. aku gi tengok kilang dia... sebelah buat fishball,
sebelah dinding yang hanya berpartitionkan playwood tuh buat 'khinzir'
ball. dapat pulak dia sijil halal." keluhnya.

"aku pong geram gak. aku dah bukak kilang bersih, pekerja segak
bergaya lawa putih,... dia cakap tak leh dapat sijil halal sebab aku
dapatkan bekalan ayam dari TESCO.dia nak aku mintak dengan TESCO tuh
sijil halal untuk ayam yang aku beli 8 ekor sehari tu je. Kene gelak
je ngan pakcik jual ayam kat TESCO tu. aku dah cakap ayam yang aku
beli tuh ada sijil halal jakim kat dinding tempt jual ayam tu. dia tak
nak jugak...nak jugak dapatkan surat dari TESCO. Bukan ke HALAL TESCO,
GIANT sume dari JAKIM jugak...? pening aku. masa tu orang yang
bertanggungjawab atas sijil halal tu adalah sorang perempuan muallaf
berbangsa cina.sampai sekarang pun dia lagi. sume orang mengadu pasal
dia. ape masalah dia pun tak tahu. "

Lepeh tuh mak cik tuh pong gi lah jumpe dengan orang yang atas lagi
daripada wanita muallaf cina yang bermasalah tuh. orang besar tuh pun
lawatlah kilang mak cik nih tadi.

"orait, ok, bersih, kemas, hmmm....OK LULUS. tak de sebab saya nak
tolak permohonan sijil halal awak" hah! gitu je... dengan bersyukur
makcik tadi dapatkan kelulusannya.

Moral of the story....Sahabat sume nak tahu siapa sebenarnya dalang
segala sijil-sijil halal jakim nie.rupa-rupanya wanita muallaf tu pun
perlu dapatkan persetujuan daripada bosnya untuk meluluskan..
hah...tuh menantu pak lah... KJ budak itam tuh. dialah orang paling
berkuasa utk sijil HALAL.tak paham macammana dia plak buleh pegang.
dunia-dunia. ...atas ilmu agama apa yang dia ada maka dia diberi
jawatan sedemikian rupa... ilmu duit suap agaknya... astaghfirullah. ..

nota:- segala input outpun sideput adalah saheh oleh pakar-pakar
keusahawanan di UTM Skudai.Sekian wassalam....

Wednesday, June 11, 2008

Hatiku Milik MU

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
1-Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

2-Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

3-Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya

4-Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya

5-Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

- wallahualam -

Jangan Baca

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
! untuk hamba ciptaanNya.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Tuesday, June 10, 2008

Hati Nurani

Tanpa Hati & Nurani

Ketika hati tak lagi ada rasa
Ketika nurani tak lagi merasa
Penyesalan dan bersalah
Maka berhati-hatilah dalam melangkah

Dan ketika manusia hidup
Dengan hati dan nurani yang redup
Maka hidup ini tak lagi berarti
Seperti orang yang sudah mati

Dan ketika manusia ada
Dengan hati dan nurani yang tiada
Maka hidup akan penuh dosa
Bagaikan lumpur yang ternoda.

Tags: dosa, hati, noda, nurani, redup

Rakyat makin fakir akibat tindakan kerajaan

Nurul Nuha
Tue | Jun 10, 08 | 7:02:31 am MYT

KUALA LUMPUR,10 Jun (Hrkh) - Kerajaan sebagai pembuat dasar boleh membatukan diri, tetapi rakyatlah yang menderita akibat bebanan kenaikan harga minyak, tegas ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dalam satu sidang media di parlimen semalam.

"Saya tidak boleh bayangkan betapa 'fakirnya' kakitangan bawahan yang tinggal di Kuala Lumpur ekoran bencana inflasi ini sedangkan kerajaan masih enggan menaikkan gaji kakitangan hingga ke tahap gaji minimum," katanya.

Isu utamanya, sambung beliau lagi,adalah kesan berantai dan tekanan inflasi yang mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung peningkatan kos hidup yang memeritkan.

"Hakikatnya, kerajaan tidak berupaya memberi satu alasan bagi menyekat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku secara mendadak," jelas beliau.

Salehuddin turut menegaskan bahawa tiada sebarang pendekatan yang ampuh diambil kerajaan dalam mengatasi masalah ini.

"Rakyat marhaen melihat arahan menteri menegur pengusaha-pengusaha bas menaikkan harga tambang sebagai arahan tidak logi," tambahnya lagi.

Beliau yang ditemui dalam sesi penyerahan memorandum kepada Tan Sri Yang Di-Pertua Dewan Rakyat menggesa agar diadakan perundingan untuk mencari penyelesaian konkrit antara wakil-wakil yang terlibat.

"Rundingan dan persepakatan yang dicapai diharap dapat memberi kepuasan kepada rakyat dan kerajaan dengan situasi menang-menang,"katanya.

Sebagai mewakili ahli-ahli Parlimen PAS, beliau juga memohon Yang Di-Pertua Dewan Rakyat untuk memanggil satu persidangan tergempar Dewan Rakyat.

"Persidangan itu dibuat bagi membolehkan satu isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara boleh dirunding sewajarnya," tegas Salehuddin mengakhiri sidang media tersebut. - mks._

Monday, June 9, 2008

Mahalnya sebuah Hidayah

Harga Mahal Sebuah Hidayah

Dalam ruangan yang serba gelap, untuk membedakan mana tongkat dan mana ular, setidaknya diperlukan dua hal; kemampuan mata dan cahaya dari luar.
Mata bisa melihat, tetapi bila tak ada cahaya tentu tidak akan jelas bentuk benda-benda di sekitar. Begitupun sebaliknya, walau cahaya di sekitar
terang-benderang, bila mata kita buta, segala yang nampak jadi tidak kelihatan. Ada kisah dua orang yang mendalami ilmu agama. Yang satu rumahnya jauh dari masjid, dan yang lain lebih dekat. Ketika adzan dikumandangkan, yang jauh bergegas menuju masjid. Ia bisa datang dan masuk ke masjid lebih awal,



kemudian shalat sunnah, duduk dan berdzikir, dan bisa mengikuti shalat jamaah. Namun orang yang berdekatan dengan masjid, ketika adzan dikumandangkan,
masih bersantai-santai di rumah, akhirnya ia masbuk karena baru tiba di masjid setelah iqamat. Ia kehilangan kesempatan shalat sunnah.

Mengapa terjadi demikian? Padahal kedua orang ini sama-sama mengetahui keutamaan shalat berjamaah dan paham akan kemurkaan Allah kepada orang yang tidak shalat berjamaah. Ada perbedaan memang antar keduanya. Orang yang jauh dari masjid memiliki dua cahaya, cahaya wahyu dan cahaya hidayah. Yang satunya hanya punya cahaya wahyu semata. Hidayah belum mengejawantah dalam dirinya.

Banyak orang yang tahu tentang ilmu agama, namun banyak pula yang tak menjalankan apa yang telah diketahuinya itu. Mereka belum mendapatkan hidayah. Mahal memang harga hidayah. Dan ini berkait dengan pribadi orang yang bersangkutan. Seseorang boleh berupaya sekuat tenaga untuk mengantarkan orang lain mendapatkan hidayah. Tetapi kalau Allah tidak menghendaki, dalam arti secara pribadi orang yang bersangkutan belum memiliki kesiapan, maka usaha itu akan terhenti di tengah jalan.

Nabi Nuh as berdakwah kepada keluarga dan kaumnya selama beratus-ratus tahun, namun hanya beberapa orang saja yang mau mengikuti risalahnya. Bahkan anak dan istrinya termasuk dari orang-orang yang menentang. Nabi Ibrahim as berkali- kali mengajak ayahandanya agar tunduk pada Allah Sang Pencipta, namun sang ayah tetap pada pendiriannya, menyembah patung yang dibuatnya sendiri. Begitu juga Rasulullah saw, beliau tidak bosan-bosan mengharap pamannya agar mengucapkan kalimat 'Laa ilaaha illallah', namun sampai akhir hayatnya, Abu Thalib tidak mengucapkan kalimat thayyibah itu.

Memang hidayah itu hanya milik Allah. Dialah yang akan menurunkannya kepada yang Dia menghendaki. Wewenang dan tugas manusia hanyalah mengajak, memberikan pengertian dan pemahaman, alias memberi jalan masuknya hidayah. Selanjutnya sudah dalam wilayah wewenang Allah swt.

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." (QS al-Qashash: 56)

Doa Rabitah


Hidup ini hanyalah sementara makhluk tiada kuasa ALLAH Maha Kuasa Insya'Allah Tuan2 n Puan2 seumur hidup kita berjuang di jalan ALLAH..moga kita ditetapkan iman, dimantapkan persahabatan..moga ukhuwah kita berkekalan dan berpanjang..biar jauh di mata di hati jangan.sakit gigi tapi terasa seluruh badan..

YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini..Perkenankanlah permintaan
ini..Perkenankanlah permintaan ini..~